Laman utama

Rabu, 29 September 2010

Lawatan ke Cameron Highland, Pahang


Pada 28 hingga 31 julai 2010, kami telah membuat lawatan ke Cameron highland, Pahang. Seramai 40 orang ahli rombongan yang terlibat.
28 Julai 2010 Rabu

Kami bertolak pada pukul 10.30 malam dari Melaka dan sampai di Brinchang, Cameron Highland pada pukul 5.30 pagi.
29 Julai 2010 Khamis

Antara lawatan pertama kami adalah ke Rose Valley. Sukar digambarkan betapa indahnya bunga-bunga ros yang menghiasi taman itu dan terdapat juga tanaman lain seperti pokok epal, tomato dan bunga daisi yang sukar didapati ditempat lain dalam negara kita ini.









Rugi rasanya jika datang ke Cameron highland jika tidak melawat daerah hijau yang sering dikunjungi oleh para pelancong lain. Kami juga tidak ketinggalan melawat ke Boh Tea Center Sungei Palas. Kami mengambil masa 20 minit dari bawah untuk ke puncak bukit dengan menaiki bas.
Di Boh Tea, terdapat kilang memproses teh dan kami dapat melihat sendiri cara pembuatan teh. Selain itu, kami juga membeli pelbagai jenis teh yang ada dijual disitu.





30 Julai 2010 Jumaat

Kami teruskan lawatan ke strawberry park. Di sini kami dapat merasa sendiri kelazatan buah strawberi yang dipetik oleh kami sendiri. Disini juga terdapat tanaman cendawan organik yang dijual dengan harga RM20 satu pek. Selain itu, kami dapat merasa sendiri bagaimana rasanya buah strawberi celup coklat. Lazat…

Kami juga tidak ketinggalan melawat taman rama-rama. Terdapat pelbagai sepsis rama-rama yang menarik dan tidak pernah dilihat ada di taman ini. Indah sungguh ciptaan Illahi…

Taman kaktus tidak terlepas dari senarai lawatan kami, pelbagai sepsis kaktus yang terdapat di taman ini. Ada diantaranya berusia beratus tahun lamanya.


31 Julai 2010 Sabtu
Mardi adalah lawatan terakhir kami sebelum kami meninggalkan daerah penuh warna warni ini. Pelbagai spesis tanaman yang ada di pusat penyelidikan ini. Tanaman yang ada di negara barat ada di tanam di pusat penyelidikan ini dan itulah keistimewaan yang terdapat di Mardi.




Selamat tinggal Cameron Highland, ‘Kau’ tetap dalam ingatan...
































































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan