Laman utama

Selasa, 13 Julai 2010

MiSi DaN ViSi PenDidiKaN KhaS

MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas. Menjadikan mereka insan yang berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.
VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MaTlamaT ProGraM PendiDikan KhaS InteGraSi


Matlamat untuk program integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) di SMK Durian Tunggal ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Di antara matlamat-matlamat yang ingin dicapai pada akhir persekolahan murid akan dapat:

  • Menguruskan hal-hal kehidupan seharian.
  • Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
  • Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi.
  • Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemairan motor halus dan kasar.
  • Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Mempekembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek.
  • Membolehkan kanak-kanak melakukan praktik asas dan dapat menjalankan kerja degan sendiri.



FaLasaFaH DaN ObJeKtiF PeNdidiKaN Khas

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insane yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu, merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.
  • Meyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi an terlatih dalam bidang pendidikan khas.

IRoNi SeJaRaH PeNubuHan Pend.KhaS SMK.Durian Tunggal, Melaka

Program ini dimulakan pada akhir tahun 2005 dan bermula sepenuhnya di kelas berprasarana baru pada tahun 2006. Bermula dengan 9 orang murid masalah pembelajaran meningkat kepada 16 orang pada September 2007. Program ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada murid-murid yang berkeperluan khas menumpukan kepada kemahiran 3M dan kemahiran psikomotor.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk mempelbagaikan pengalaman dan kemahiran sedia ada murid antaranya ialah masakan, pengurusan diri, lawatan, kraftangan, jahitan dan perkebunan. Aktiviti sukan juga turut dilatih dan hasilnya, 2 orang murid mewakili Daerah Alor Gajah dalam Sukan Pendidikan Khas Negeri Melaka. 2 orang murid menyertai Karnival Permainan Pendidikan Khas iaitu Sumitra a/p Gunalan dan Siti Noratikah Abu Bakar. 1 orang mewakili Negeri Melaka dalam sukan Paralimpik Sirkit Kebangsaan, Malaysia iaitu Muhd Mahir Badrulhisyam. Muhd Mahir Badrulhisyam banyak menyumbang bakat dan tenaga untuk mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan yang dicapainya ialah:

• Pingat Perak dalam Sukan Paralimpik Sirkit Kebangsaan Malaysia 2007 di
Kuantan, Pahang pada 23-30 Julai 2007 dalam acara 100m dan 200m (Terbuka)
• Tempat ke-3 dalam Pertandingan Azan sempena Pertandingan Tilawah & Hafazan
Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka.
• Pengawas sekolah 2007.
• Peserta kursus Motivasi Pendidikan Khas di Sepang, Selangor.


Empat lawatan telah diadakan sepanjang tahun 2007, iaitu ke Planetarium Al-Khawarizmi, Zoo Melaka, Bandar Hilir & Melaka River Cruise dan Pameran Kraftangan di Dataran Pahlawan, Melaka. Murid-murid mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu melalui lawatan yang dianjurkan.
Setiap hujung tahun semua warga Pendidikan Khas SMKDT sibuk dengan persiapan untuk menyertai Karnival Pendidikan Khas Negeri Melaka. Aktiviti jualan dan pameran merupakan aktiviti utama. Gerai Pend.Khas SMKDT menjual pelbagai barangan seperti gelang manik, tudung saji hiasan, beg jahit, bakul hiasan dan pizza.

Tidak semua insan bernasib baik, Namun usaha untuk menjadikan diri lebih baik daripada orang lain adalah amat perlu. Usaha yang dilakukan dalam Program Pendidikan Khas adalah memfokus kearah kerjaya. Semoga semua pihak member sokongan kepada murid-murid di Program Pendidikan Khas SMK Durian Tunggal, Melaka.