Laman utama

Selasa, 13 Julai 2010

IRoNi SeJaRaH PeNubuHan Pend.KhaS SMK.Durian Tunggal, Melaka

Program ini dimulakan pada akhir tahun 2005 dan bermula sepenuhnya di kelas berprasarana baru pada tahun 2006. Bermula dengan 9 orang murid masalah pembelajaran meningkat kepada 16 orang pada September 2007. Program ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada murid-murid yang berkeperluan khas menumpukan kepada kemahiran 3M dan kemahiran psikomotor.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk mempelbagaikan pengalaman dan kemahiran sedia ada murid antaranya ialah masakan, pengurusan diri, lawatan, kraftangan, jahitan dan perkebunan. Aktiviti sukan juga turut dilatih dan hasilnya, 2 orang murid mewakili Daerah Alor Gajah dalam Sukan Pendidikan Khas Negeri Melaka. 2 orang murid menyertai Karnival Permainan Pendidikan Khas iaitu Sumitra a/p Gunalan dan Siti Noratikah Abu Bakar. 1 orang mewakili Negeri Melaka dalam sukan Paralimpik Sirkit Kebangsaan, Malaysia iaitu Muhd Mahir Badrulhisyam. Muhd Mahir Badrulhisyam banyak menyumbang bakat dan tenaga untuk mencapai beberapa kejayaan. Antara kejayaan yang dicapainya ialah:

• Pingat Perak dalam Sukan Paralimpik Sirkit Kebangsaan Malaysia 2007 di
Kuantan, Pahang pada 23-30 Julai 2007 dalam acara 100m dan 200m (Terbuka)
• Tempat ke-3 dalam Pertandingan Azan sempena Pertandingan Tilawah & Hafazan
Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka.
• Pengawas sekolah 2007.
• Peserta kursus Motivasi Pendidikan Khas di Sepang, Selangor.


Empat lawatan telah diadakan sepanjang tahun 2007, iaitu ke Planetarium Al-Khawarizmi, Zoo Melaka, Bandar Hilir & Melaka River Cruise dan Pameran Kraftangan di Dataran Pahlawan, Melaka. Murid-murid mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu melalui lawatan yang dianjurkan.
Setiap hujung tahun semua warga Pendidikan Khas SMKDT sibuk dengan persiapan untuk menyertai Karnival Pendidikan Khas Negeri Melaka. Aktiviti jualan dan pameran merupakan aktiviti utama. Gerai Pend.Khas SMKDT menjual pelbagai barangan seperti gelang manik, tudung saji hiasan, beg jahit, bakul hiasan dan pizza.

Tidak semua insan bernasib baik, Namun usaha untuk menjadikan diri lebih baik daripada orang lain adalah amat perlu. Usaha yang dilakukan dalam Program Pendidikan Khas adalah memfokus kearah kerjaya. Semoga semua pihak member sokongan kepada murid-murid di Program Pendidikan Khas SMK Durian Tunggal, Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan